Friday 21 September 2012

Sejarah Perkembangan Sekolah

   Bermula pada tahun 1999 didaftarkan dengan nama 'Madrasah Ihya' Al-Quran' ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu Tn. Haji Radzuan Bin Mohd Yusof. Pada mulanya Madrasah ini ditubuhkan untuk orang dewasa. Antara kelas-kelas yang dianjurkan ialah Kelas Tajwid, Taranum, Qiraati (Iqra') dan juga Fardhu Ain. Madrasah ini mula bertapak di Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
   Oleh kerana tidak mendapat sambutan di lokasi berkenaan, Tn Haji bercadang mahu bertapak di kawasan Saujana Impian. Setelah beberapa bulan kemudian, Madrasah berpindah ke Jalan Impian Indah, Saujana Impian, Kajang. Alhamdulillah setelah beberapa bulan kemudian, kami mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk setempat.
   Oleh kerana kebanyakan pelajar kami adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, Tn Haji bercadang mahu membuka Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk pelajar tahun 1- tahun 6. Setelah beberapa tahun kemudian, akhirnya Madrasah Ihya' Al-Quran berjaya didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bahagian pendidikan sebagai nama barunya iaitu 'KAFA Integrasi Saujana Impian'. Pada tahun 2001 itulah dengan rasminya KAFA menjadi sebuah sekolah agama rendah bagi penduduk setempat.
   Pada tahun 2003, setelah beberapa kali berpindah (kerana status menyewa di bangunan rumah) dan akhirnya berjaya bertapak secara tetap No.20, Jalan Impian Setia 11, Saujana Impian, Kajang, Selangor dan sehingga kini masih bertapak di sini dan sudah dinaiktaraf ke Sekolah Rendah Islam Saujana Impian (SERI Saujana Impian) pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment