Thursday 29 December 2016

Selamat Datang dan Selamat Kembali ke Sekolah Rendah Islam Saujana Impian!

UCAPAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH (BACK TO SCHOOL)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera buat warga SERI Saujana Impian.


Di kesempatan ini kami pihak pentadbiran dan guru-guru SERI Saujana Impian ingin mengucapkan ribuan terima kasih serta selamat kembali ke SERI Saujana Impian.
Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar baru, selamat datang kami ucapkan.

Untuk makluman semua, sesi persekolahan 2017 telah pun bermula pada 3 Januari 2017 yang lepas. Seramai 13 orang pelajar baru telah mendaftar untuk memasuki darjah 1 di SERI Saujana Impian dan sebahagian besar pelajar lama masih kekal bersekolah di sini. Walaupun hanya mengekalkan sebuah bangunan sahaja pada tahun ini, di mana dua bangunan beroperasi sebelum ini, sekolah masih boleh menampung pelajar seramai 80 orang murid.

Mari kita bersama-sama berdoa agar semua warga SERI Saujana Impian terus maju dan berjaya di dunia dan akhirat. Kehadiran anda ke SERI Saujana Impian amatlah kami hargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih serta kami doakan semoga tuan/puan diberkati Allah S.W.T.

Di sini saya lampirkan juga senarai baru harga yuran persekolahan untuk rujukan tuan/puan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-8739 5210 (pejabat), 
                                   012-374 7358 (Ust.Radzuan),
                                   011-2661 3041 (Pn. Shaidatull),
                                   011-2733 0200 (En.Ismail). 



Friday 10 April 2015

اسلام عليكم ورحمة الله وركاته

Gambar kakitangan "SEKOLAH RENDAH ISLAM SAUJANA IMPIAN TAHUN 2015"


BAHAGIAN PENTADBIRAN 


GURU SESI PAGI

GURU SESI PETANG

Sunday 8 March 2015

Friday 21 September 2012

Sejarah Perkembangan Sekolah

   Bermula pada tahun 1999 didaftarkan dengan nama 'Madrasah Ihya' Al-Quran' ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu Tn. Haji Radzuan Bin Mohd Yusof. Pada mulanya Madrasah ini ditubuhkan untuk orang dewasa. Antara kelas-kelas yang dianjurkan ialah Kelas Tajwid, Taranum, Qiraati (Iqra') dan juga Fardhu Ain. Madrasah ini mula bertapak di Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
   Oleh kerana tidak mendapat sambutan di lokasi berkenaan, Tn Haji bercadang mahu bertapak di kawasan Saujana Impian. Setelah beberapa bulan kemudian, Madrasah berpindah ke Jalan Impian Indah, Saujana Impian, Kajang. Alhamdulillah setelah beberapa bulan kemudian, kami mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk setempat.
   Oleh kerana kebanyakan pelajar kami adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, Tn Haji bercadang mahu membuka Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk pelajar tahun 1- tahun 6. Setelah beberapa tahun kemudian, akhirnya Madrasah Ihya' Al-Quran berjaya didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bahagian pendidikan sebagai nama barunya iaitu 'KAFA Integrasi Saujana Impian'. Pada tahun 2001 itulah dengan rasminya KAFA menjadi sebuah sekolah agama rendah bagi penduduk setempat.
   Pada tahun 2003, setelah beberapa kali berpindah (kerana status menyewa di bangunan rumah) dan akhirnya berjaya bertapak secara tetap No.20, Jalan Impian Setia 11, Saujana Impian, Kajang, Selangor dan sehingga kini masih bertapak di sini dan sudah dinaiktaraf ke Sekolah Rendah Islam Saujana Impian (SERI Saujana Impian) pada tahun 2010.

Wednesday 1 August 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Persiapan raya dah bermula ke?Untuk pengetahuan semua cuti sempena Aidilfitri di SERI Saujana Impian akan bermula pada 17 Ogos - 26 Ogos 2012(bersamaan 28 Ramadahan - 8 Syawal 1433H).Walaubagaimanapun jangan lupa tentang 10 malam terakhir Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.Mari kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi malam seribu rahmat nanti.Barulah meriah raya nanti kan adik2?

Ikhlas Dari Pihak Pentadbiran Saujana Impian.