Friday 21 September 2012

Sejarah Perkembangan Sekolah

   Bermula pada tahun 1999 didaftarkan dengan nama 'Madrasah Ihya' Al-Quran' ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu Tn. Haji Radzuan Bin Mohd Yusof. Pada mulanya Madrasah ini ditubuhkan untuk orang dewasa. Antara kelas-kelas yang dianjurkan ialah Kelas Tajwid, Taranum, Qiraati (Iqra') dan juga Fardhu Ain. Madrasah ini mula bertapak di Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
   Oleh kerana tidak mendapat sambutan di lokasi berkenaan, Tn Haji bercadang mahu bertapak di kawasan Saujana Impian. Setelah beberapa bulan kemudian, Madrasah berpindah ke Jalan Impian Indah, Saujana Impian, Kajang. Alhamdulillah setelah beberapa bulan kemudian, kami mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk setempat.
   Oleh kerana kebanyakan pelajar kami adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, Tn Haji bercadang mahu membuka Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk pelajar tahun 1- tahun 6. Setelah beberapa tahun kemudian, akhirnya Madrasah Ihya' Al-Quran berjaya didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bahagian pendidikan sebagai nama barunya iaitu 'KAFA Integrasi Saujana Impian'. Pada tahun 2001 itulah dengan rasminya KAFA menjadi sebuah sekolah agama rendah bagi penduduk setempat.
   Pada tahun 2003, setelah beberapa kali berpindah (kerana status menyewa di bangunan rumah) dan akhirnya berjaya bertapak secara tetap No.20, Jalan Impian Setia 11, Saujana Impian, Kajang, Selangor dan sehingga kini masih bertapak di sini dan sudah dinaiktaraf ke Sekolah Rendah Islam Saujana Impian (SERI Saujana Impian) pada tahun 2010.

Wednesday 1 August 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Persiapan raya dah bermula ke?Untuk pengetahuan semua cuti sempena Aidilfitri di SERI Saujana Impian akan bermula pada 17 Ogos - 26 Ogos 2012(bersamaan 28 Ramadahan - 8 Syawal 1433H).Walaubagaimanapun jangan lupa tentang 10 malam terakhir Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.Mari kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi malam seribu rahmat nanti.Barulah meriah raya nanti kan adik2?

Ikhlas Dari Pihak Pentadbiran Saujana Impian.

Monday 14 May 2012

Lawatan sambil belajar 2011








Lawatan sambil belajar 2011...Ni masa melawat ke Planetrium Negara....

Post Percubaan...Test..Test..

Assalamualaikum.....
Ini adalah post pertama bagi Blog SERI Saujana Impian (SERISI). Walaupun ini adalah pertama kali bagi kami membina blog ini, Insyaallah akan kami perbaharui dan mempelajari satu persatu. Harap dapat beri tunjuk ajar dan kami memohon maaf andai ada kekurangan di blog ini.

Sekian Wasalam.

Dari kami pihak pentadbiran SERISI.